U.B.A.H
Pada suatu ketika, aku tiba-tiba terfikir.
"Mesti best kan bila dapat ubah dunia ikut apa yang kita mahu? "
Persoalannya, bolehkah kita buat perubahan kepada dunia realiti? Tambahan sekarang ni pula hedonisme melebarkan sayapnya di merata tempat dan menjadi cara hidup yang boleh dikatakan wajib bagi segelintir umat manusia. Malu hanya dipakai buang sahaja.
Jawapannya, semestinya kita boleh mengubah dunia..! Tapi.. Jap jap jap! Banyak orang cakap, kita tak boleh ubah dunia ni. Sebab nak ubah dunia, kita kena ubah dahulu penduduknya itu sendiri. Yesssaaa, that's my point exactly.
"Untuk ubah dunia, kita kena ubah diri sendiri terlebih dahulu, kau tu kan penduduknya"
Kunci bagi suatu perubahan adalah terletak pada diri sendiri. Pastinya semua orang menginginkan suatu perubahan yang baik. Adalah satu keperluan untuk mengetahui bahawa perubahan yang sangat sempurna didorong oleh tindakan yang berterusan.
Berbalik kepada idea pertama tadi, perubahan dapat dilakukan jikalau kita sendiri yang memulakan langkah tersebut. Jangan sibuk nak ubah orang lain. Mulakan dari diri sendiri. Jangan takut memulakan langkah perubahan. Berani itu penting.
Bayangkan secara matematiknya, jikalau 5 orang perompak yang berfikir secara matang hendak berubah, mungkin hari ini kes rompakan di suatu kawasan dapat dikurangkan. Bayangkan pula 50 perompak berfikiran yang sama hendak ubah diri sendiri jadi lebih baik. Besar kemungkinan, Malaysia akan dikenali dengan negara Sifar Rompakan. Nampak tak betapa besarnya kuasa perubahan itu? Tak kira lah kau tu perompak, peragut, gangster, pembunuh sekali pun, sesiapapun kau di muka bumi ini, yakinlah! KAU MAMPU UBAH DUNIA. Mulakan dengan diri sendiri.
Tapi berubah tu tak mudah bro/sis. Banyak yang kau perlu lakukan untuk capai perubahan yang sempurna. Bukan main cakap sahaja "Aku sudah berubah" , tapi esok lusa masih juga dengan tabiat yang sama. Sebab itu lah istiqomah itu penting.
Jikalau garam dapat menghidupkan rasa kepada makanan, istiqomah pula dapat menghidupkan rasa kepada suatu perubahan. Tanpa istiqomah, perubahan yang dilakukan tampak sia-sia. Sebab, tanpa istiqomah, tawarlah suatu perubahan.
"Macam mana nak istiqomah?"
Soalan simple tapi besar gandingan usaha yang perlu dilakukan. Berdasarkan pengalaman, untuk berubah secara istiqomah sangat mencabar diri. Dalam suatu perubahan, bahagian istiqomah ni lah yang paling susah nak buat. Besar pengorbanan yang perlu digalas bro/sis.
Kenal pasti dahulu apa penghalang kepada perubahan kau. Macam mana nak berubah kalau penghalangnya tidak diketahui. Lepas tu, cari cara untuk melepasi halangan itu. Ingat, kita tak boleh lari dari halangan tersebut tapi kena mengharunginya. Jikalau masih tidak berjaya melepasi halangan itu, jangan berserah jangan mengalah. Bangkit lagi. Guna lagi cara yang lain untuk mencuba. Tak berjaya melepasi halangan itu bukanlah bermaksud kau gagal. Tapi bila kau tak berjaya lalu putus asa, itu lah suatu kegagalan. Ingat !
Jikalau kau berjaya melepasi halangan perubahan itu, perlu diingatkan yang halangan itu akan tetap menghantui kau dan tetap akan ada di hadapan kau secara sedar atau pun tidak. Banyak situasi yang akan menarik-narik kau untuk buat balik tabiat yang lama itu. Pada masa inilah, kau perlu fikir betapa besarnya effort yang kau dah buat untuk sampai ke tahap kau sekarang ni. Dengan itu, kau akan rasa sayang akan usaha yang kau telah lakukan dan terhindar dari melakukan tabiat lama kau tu.
Suatu perubahan itu memerlukan masa. Ada orang buat perubahan dalam masa yang singkat. Ada juga orang yang susah nak berubah sehinggakan memakan masa yang amat lama. Dalam hal ini, perubahan kau bergantung dengan usaha yang kau buat pulak. Jika usaha kau sangat sedikit, besarlah kemungkinannya perubahan yang dilakukan memakan masa yang lama. Sebaliknya, jika usaha keras ditumpukan kepada perubahan itu, mungkin seseorang itu berubah dalam masa yang sangat singkat.
Secara menyeluruhnya, jika mahukan suatu perubahan yang sempurna, usaha yang gigih dan berterusan perlu sentiasa dipraktikkan. INGAT! ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.
Sekian
ππΌππΌππΌ
ReplyDelete